Seperti yang kami telah tuliskan melalui artikel-artikel terbitan kami sebelum ini, tidak dinafikan, terdapat risiko ke atas kesihatan dalam aspek penggunaan serat asbestos secara umumnya. Akan tetapi, kami juga turut membentangkan pelbagai fakta melalui pelbagai kajian antarabangsa yang membezakan risiko dalam penggunaan pelbagai jenis serat asbestos, di mana ianya terbukti bahawa, serat asbestos krisotil merupakan yang paling selamat dalam penggunaannya berbanding jenis-jenis asbestos lainnya. Malah, kadar risiko oleh krisotil adalah terlalu rendah dalam perbandingan yang dibuat. 

[Baca artikel terdahulu: MITOS MENGENAI KRISOTIL YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU]

Ada yang bertanya, bagaimana pula halnya dengan konteks aplikasi penggunaan asbestos krisotil dalam negara kita?

Serat asbestos krisotil pertama kali digunakan secara komersial di Malaysia bermula sejak tahun 1963 untuk pengeluaran bahan simen berdensiti tinggi yang digunakan dalam penghasilan atas dan paip air. Penggunaan bahan binaan simen serat krisotil (atap simen asbestos) sangat meluas di seluruh pelusuk negara terutamanya di bawah Skim Rancangan Tanah FELDA, kawasan bangunan kompleks pengilangan, kawasan bangunan kedai, di kawasan penempatan penduduk berpendapatan sederhana dan rendah di bandar dan luar bandar, serta juga di kawasan penempatan di persisiran pantai.

[Baca artikel terdahulu: PENGGUNAAN SIMEN KRISOTIL DI MALAYSIA]

Kajian akademik “Penilaian serat Asbestos di persekitaran ambien di dalam rumah terpilih di kawasan penempatan Felda” oleh universiti awam Malaysia

Di Malaysia, kewujudan data berkenaan penyakit berkaitan asbestos adalah amat terhad. Sebelum ini, tiada kajian tentang kewujudan unsur serat asbestos dalam udara di kawasan persekitaran umum. Kekurangan data sebegini antara punca wujudnya pelbagai kekeliruan dalam masyarakat mengenai tahap risiko asbestos dan penyakit berkaitan ‘asbestosis’ (penyakit paru-paru). Justeru itu, timbulnya keperluan untuk kajian profesional berlandaskan displin ilmu dan saintifik dilaksanakan dalam menentusahkan berkenaan pendedahan masyarakat kepada asbestos. 

Pada tahun 2019, sekumpulan pakar akademik dalam bidang sains kesihatan dan perubatan  telah menjalankan kajian penilaian pendedahan (exposure assessment study) yang pertama seumpamanya dalam negara untuk mengukur tahap kehadiran asbestos dalam udara. Kajian ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Irniza Rasdi dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Prof. Dr. Noor Hassim Ismail dari Jabatan Kesihatan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Kajian ini bertujuan untuk mengukur kewujudan unsur asbestos dalam udara dan jenis-jenis serat asbestos tersebut di kawasan terpilih (iaitu rumah dan ruang dalaman tempat orang awam hadir) di mana bahan simen asbestos digunakan, untuk mengenalpasti pendedahan yang dihadapi oleh penduduk yang mendiami rumah atau berada di tempat awam tersebut.

FELDA Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu, Selangor telah dipilih sebagai kawasan kajian, memandangkan penggunaan atap berasaskan asbestos adalah sangat meluas di kawasan penempatan FELDA.

Lawatan ke FELDA Sungai Tengi yang berkedudukan sekitar 84 km dari Kuala Lumpur oleh kumpulan penyelidik dijalankan pada 30 Mac 2019 untuk mengenalpasti kawasan yang menggunakan atap asbestos. Didapati bahawa tempat-tempat tumpuan ramai seperti masjid, dewan masyarakat, dewan serbaguna dan sekolah adalah bangunan-bangunan baharu dan tidak menggunakan atap asbestos. Jadi hanya rumah-rumah yang menggunakan atas asbestos dimasukkan dalam sampel kajian. Kajian juga mendapati, tiada aktiviti pemasangan atap asbestos secara aktif dilakukan (melainkan keadaan atap-atap sedia ada). 

Sepuluh buah rumah yang masih menggunakan atap asbestos telah dipilih, di mana kajian ruang dalam (indoor) di sembilan buah rumah dan kajian ruang luar (outdoor) di sebuah rumah, berlandaskan piawaian prosedur antarabangsa dan peralatan-peralatan yang bersesuaian, termasuklah kaset saringan (filter cassette) dan pam pensampelan udara (air sampling pump). 

(Penyediaan instrumen pensampelan di dalam rumah)

(Penyediaan instrumen pensampelan di luar rumah)

(Kaset saringan / filter cassette)

(Pam pensampelan udara / air sampling pump)

Bahan-bahan pensampelan yang telah dikumpulkan dan kertas kerja permohonan analisis asbestos kemudiannya dihantar kepada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Malaysia di Bangi, Selangor untuk kajian makmal yang mempunyai fasiliti lengkap.  

(Peralatan Makmal di NIOSH Malaysia)

Hasil kajian

Hasil kajian yang ketat beserta analisis oleh makmal di NIOSH tersebut mendapati, tidak terdapat kewujudan serat asbestos di kawasan-kawasan pensampelan berjaya dikesan. Ini tidaklah bermakna ianya tidak wujud langsung di udara. Akan tetapi jikapun ianya wujud, kandungannya adalah teramat rendah hingga tidak dapat dikesan dan tentu sekali di bawah paras selamat, seperti ketetapan oleh pihak NIOSH Amerika Syarikat dan OSHA United Kingdom.


Artikel ini merupakan rumusan dari hasil kajian tersebut. Pembacaan dan rujukan lanjut kepada hasil laporan penuh boleh didapati di sini.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Chrysotile malaysia

Chrysotile Information Center Malaysia Sdn. Bhd.
Level 15.01,1 First Avenue,

2A Dataran Bandar Utama,

Bandar Utama, Damansara 
47800 Petaling Jaya, Selangor D.E.
Malaysia

follow us

Contact us

Tel: +603 7651 7819

Copyright © 2021 Chrysotile Malaysia