Tentang Chrysotile Information Center Malaysia (CICM)
Chrysotile Information Center Malaysia (CICM) adalah sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. CICM merupakan cabang dalam negara kepada CIC serantau selaku pusat rujukan utama yang bertanggungjawab dalam memberikan khidmat nasihat tentang tatacara penggunaan selamat krisotil di seluruh rantau Asia (CIC) dan Malaysia (CICM). Ianya mencakupi amalan terbaik, selamat dan bertanggungjawab yang melibatkan keselamatan dan kesihatan para pekerja dalam industri pengeluaran produk berasaskan krisotil dan juga kepada pengguna dan alam sekitar amnya.
CIC dan CICM juga menyediakan khidmat nasihat kepakaran dan menyelia penyebaran maklumat yang tepat dan berfakta melalui saluran media masa, seminar, bengkel dan juga persidangan kepada mana-mana pihak yang terlibat, termasuklah badan-badan profesional, penggubal undang-undang, industri pengeluar dan kepada sesiapa jua yang berminat atau terlibat dengan pengeluaran atau penggunaan berkaitan krisotil.