TENTANG Krisotil
Krisotil adalah merupakan sejenis serat yang diekstrak dari mineral dan ianya tidak terbakar mahupun mereput. Ianya juga amat berdaya tahan terhadap kebanyakan bahan kimia, sangat fleksibel dan juga mempunyai daya untuk menerima ketegangan mahupun kelenturan yang cukup tinggi. Kombinasi unsur-unsur unik krisotil inilah yang menjadikannya material dalam bahan binaan yang cukup berguna dan menjadi pilihan sejak puluhan tahun lamanya.