Seperti yang dibentangkan dalam artikel-artikel yang diterbitkan sebelum ini, asbestos adalah nama umum yang diberikan kepada sekumpulan silikat mineral yang wujud secara semula jadi yang boleh dipisahkan menjadi serat yang fleksibel. Dalam erti kata lain, asbestos ialah sakumpulan bahan galian samulajadi. Sifat teknikal yang utama asbestos ialah mempunyai kekuatan ketegangan, keanjalan dan daya tahan haba.
Beza antara asbestos amfibol dan asbestos krisotil?
Adalah penting untuk difahami bahawa dalam kumpulan asbestos ini terdapat pelbagai jenis mineral yang berbeza. Asbestos terbahagi kepada 2 bentuk; iaitu amfibol (asbestos berwarna biru dan coklat) dan juga krisotil (berwarna putih). Keduanya adalah sangat berbeza dalam sifat dan komposisi kimia, sifat tahan asid dan juga terdapat perbezaan yang ketara dari sudut risiko penggunaan dan ancaman ke atas kesihatan.
Amfibol adalah serat mineral yang paling berdaya tahan. Walaupun begitu, ianya juga merupakan penyebab utama penyakit kanser ‘mesothelioma’ dan juga penyakit pulmonary (penyakit berkaitan paru-paru). Amfibol boleh memudaratkan walau hanya dengan sedikit pendedahan oleh manusia ke atas bahan ini.
Krisotil pula sejenis mineral asbestos yang terbukti lebih selamat berbanding amfibol. Ini kerana serat krisotil jikapun disedut, ianya tidak mampu untuk bertahan lama dalam paru-paru dan akan cepat dinyahkan oleh sistem pertahanan semulajadi badan tanpa meninggalkan kesan yang memudaratkan
Di manakah asbestos krisotil digunakan di serata dunia?
Setakat tahun 2020, terdapat 140 buah negara daripada jumlah keseluruhan 195 buah negara, dengan jumlah populasi 84 peratus dari seluruh dunia merupakan pengguna serat krisotil. Manakala asbestos secara amnya tidak digunakan di kalangan baki 55 buah negara lainnya yang hanya didiami oleh 16 peratus populasi dunia.
Selain dari Malaysia, antara negara-negara lain yang terlibat ialah Azerbaijan, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Mexico, Morocco, Pakistan, Filipina, Indonesia, India, Rusia, Singapore, Thailand, UAE, USA, Vietnam dan banyak lagi.
Risiko keselamatan asbestos krisotil yang rendah
Ini tidaklah sesuatu yang menghairankan, berikutan aspek penggunaan krisotil yang terbukti selamat untuk digunakan. Dan soal keselamatan penggunaan asbestos krisotil ini berbanding jenis serat asbestos-asbestos lainnya telahpun terbukti dengan kajian saintifik dari negara United Kingdom (Rujukan: Laporan ‘Health and Safety Executive’ HSC/06/055, UK), di mana rumusannya adalah seperti berikut:
Konsultasi oleh CICM
Chrysotile Information Center Malaysia (CICM) merupakan satu pusat rujukan yang memberi khidmat nasihat ke atas tatacara penggunaan asbestos krisotil yang selamat dan bertanggungjawab. Kami sudah bertapak di Malaysia sejak beberapa tahun lalu dalam memberi nasihat dan konsultasi kepada banyak pihak, termasuklah badan korporat, pihak pembuat dasar, pengilang dan lain-lain yang merupakan pengguna ataupun mereka yang berminat untuk menggunakan asbestos krisotil dan produk-produk berkaitan.
CICM juga bertanggungjawab dalam menyediakan maklumat dan kandungan pendidikan dalam aspek keselamatan, ekonomi dan kajian saintifik berkaitan dengan penggunaan asbestos krisotil. CICM merupakan sebahagian daripada jaringan Chrysotile Information Center (CIC) di rantau Asia di 10 buah negara iaitu Thailand, Kemboja, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Pakistan, Laos dan Bangladesh.