Krisotil (chrysotile) ialah bahan galian kepingan silikat asbestos semulajadi yang telah digunapakai sejak lebih 2000 tahun lamanya. Awalnya, ianya digunakan sebagai sebahagian daripada bahan dalam kain pengkebumian, sumbu lampu minyak dan lain-lain. Namun kini, penggunaan serat krisotil dalam pelbagai produk telah dikomersialkan  dengan lebih meluas dan selamat di serata dunia dan ini termasuklah  sebagai  bahan dalam pengeluaran simen yang berkualiti tinggi dan kuat. Serat krisotil turut digunapakai dalam pembuatan kepingan atap  dan  paip air kerana faktor daya tahan serat ini yang kuat, berdaya tahan lama serta selamat untuk digunakan.

Bahan binaan daripada simen krisotil (atap simen asbestos) dibuat dengan mencampurkan 90%  atau lebih simen,  pasir halus , selulosa serat (fiber cellulose)  dan dengan hanya 10% atau kurang serat krisotil dan dibancuh dengan air. Campuran ini  dibentuk dan  dimampatkan kapada densiti yang tinggi . Setelah dibentuk kepada bentuk yang dikehendaki, bahan  simen krisotil kemudianya akan melalui proses pematangan (curing) di dalam autoklaf (autoclave) di bawah tekanan dan suhu yang tinggi. Proses ini menghasilkan  produk simen yang matang sepenuhnya (fully cured) dan memiliki kekuatan regangan (tensile), lenturan dan juga ciri-ciri ketahanan yang istimewa dan kuat. Setakat ini tiada bahan binaan atap yang berasaskan simen atau logam dapat menandingi kualiti dan keberkesan kos atap simen krisotil.

[Bacaan artikel terdahulu: MITOS MENGENAI KRISOTIL YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU]

Sejarah penggunaan krisotil di Malaysia

Serat krisotil pertama kali digunakan secara komersial di Malaysia bermula sejak tahun 1963 untuk pengeluaran bahan simen berdensiti tinggi yang digunakan dalam penghasilan atas dan paip air. Penggunaan bahan binaan simen serat krisotil (atap simen asbestos) sangat meluas di seluruh pelusuk negara terutamanya di bawah Skim Rancangan Tanah FELDA, kawasan bangunan kompleks pengilangan, kawasan bangunan kedai, di kawasan penempatan penduduk berpendapatan sederhana dan rendah di bandar dan luar bandar, serta juga di kawasan penempatan di persisiran pantai.

Ini berikutan ianya berharga lebih murah berbanding bahan-bahan lain, mudah digunakan, mudah diangkut   dan memiliki ciri daya tahan lasak yang tinggi untuk penggunaan dalam jangkamasa panjang, tahan haba panas, membantu mengurangkan bahang kepanasan, mengurangkan kebisingan semasa hujan (atap krisotil) dan juga tidak terjejas oleh udara hatta persekitaran udara yang secara lazimnya kuat, masin lagi bersifat menghakis (corrosive) di kawasan pesisiran pantai.

Dalam usaha kerajaan Malaysia untuk membasmi kemiskinan pada awal tahun 60an, Skim Rancangan Tanah FELDA telah ditubuhkan untuk  membuka dan membangunkan banyak tanah-tanah rancangan. Ramai rakyat miskin diberi tanah dan rumah kediaman. Skim FELDA ini telah mencapai kejayaan yang besar dan telah menubuhkan lebih kurang 317 skim tanah rancangan di seluruh negara yang memberi manfaat kepada lebih daripada 4.8 juta peserta dan keluarga mereka.

Atap rumah berasaskan simen krisotil (atap simen asbestos) sudah tentunya menjadi pilihan utama  kerajaan melalui FELDA dalam menyediakan kediaman untuk setiap peserta atas asas harga  yang mampumilik dan yang lebih penting lagi, ianya dapat digunakan dengan selamat, berkualiti tinggi dan bertahan lebih lama. Seluruh kediaman di tanah rancangan FELDA daripada Lembah Bilut, Pahang  hinggalah ke FELDA Sahabat Dua, Sabah  sejak daripada awal penubuhan FELDA, kesemuanya dilengkapi dengan atap berdensiti tinggi  simen krisotil. Bahan ini telah terbukti dapat memberi perlidungan yang sempurna dan selamat kepada peserta tanah rancangan Felda dan keluarga mereka yang boleh dianggarkan kurang lebih 14% daripada jumlah penduduk Malaysia. Atap berasaskan simen krisotil (atap simen asbestos) adalah berkualiti dan berdensiti tinggi. Bila  digunakan dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab seperti yang disarankan oleh pihak pengeluar dan pihak berkewajipan, ianya menjadikan atap simen krisotil atau juga mana-mana produk berasaskan serat / simen krisotil ini selamat, tidak berisiko  kapada pengguna dan juga alam sekitar. Pengunaan pada skala yang amat besar di gugusan FELDA sejak puluhan tahun lamanya telah membuktikan bahan ini selamat digunakan dan tidak memberi kemudaratan kapada pengguna, orang awam dan juga alam sekitar.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Chrysotile malaysia

Chrysotile Information Center Malaysia Sdn. Bhd.
Level 15.01,1 First Avenue,

2A Dataran Bandar Utama,

Bandar Utama, Damansara 
47800 Petaling Jaya, Selangor D.E.
Malaysia

follow us

Contact us

Tel: +603 7651 7819

Copyright © 2021 Chrysotile Malaysia