Apa itu krisotil?
Krisotil (chrysotile) merupakan sebahagian daripada kumpulan asbestos. Asbestos pula adalah nama umum yang diberikan kepada sekumpulan silikat mineral yang wujud secara semula jadi yang boleh dipisahkan menjadi serat yang fleksibel.
Terdapat dua pengelasan mineralogi utama asbestos – serpentin dan amfibol – berdasarkan jenis batuan yang membentuk asbestos. Setiap pengelasan dipecahkan lagi sebagai asbestos serpentin (krisotil) dan asbestos amfibol (amosit, krosidolit, tremolit berserat, antofilit berserat, aktinolit berserat).
Sejarah penggunaan krisotil sudahpun bermula sejak lebih 2 ribu tahun yang lalu untuk pelbagai aplikasi harian, seperti bahan untuk kain kremasi (yang digunakan ketika proses pembakaran mayat), sumbu lampu minyak dan sebagainya. Rusia, Itali dan Kanada adalah merupakan antara 3 negara terawal dalam rekod sejarah yang memulakan aktiviti perlombongan dalam skala komersial untuk mengeluarkan ekstrak mineral krisotil pada awal abad ke-19.
Berbalik kepada asbestos, iaitu terma umum seperti yang disebutkan di awal artikel ini, pada masa kini produk-produk asbestos yang dikeluarkan adalah jauh berlainan dengan produk-produk asbestos dahulunya. Kini, hanya krisotil yang masih dikeluarkan.

Manfaat krisotil
Krisotil ini banyak manfaatnya. Ini kerana ianya adalah merupakan sejenis serat mineral yang tidak terbakar mahupun mereput. Ianya juga amat berdaya tahan terhadap kebanyakan bahan kimia, sangat fleksibel dan juga mempunyai daya untuk menerima ketegangan mahupun kelenturan yang cukupt tinggi.
Kombinasi unsur-unsur unik krisotil inilah yang menjadikannya material dalam bahan binaan yang cukup berguna dan menjadi pilihan sejak puluhan tahun lamanya; termasuklah digunakan dalam pembuatan produk simen ringan yang diperkuatkan (lightweight reinforced cement), bahan untuk produk-produk geseran seperti alas brek, bahan untuk meterai suhu tinggi, komponen dalam gasket, sesentengah produk berasaskan plastic yang tahan lasak, dan banyak lagi.
Ini berbeza dengan sebahagian produk-produk sebegini keluaran lama dahulu yang kurang berdaya tahan, mudah rapuh dan berhabuk serta lebih mudah untuk terampai atau pecah di bawah tekanan. Ini adalah kerana serat mineral yang digunakan dahulu berupa antaranya amosite dan krosidolit, bukannya krisotil.
Kini, hanya serat krisotil yang padat dan tidak mudah rapuh yang dipasarkan dalam pasaran. Serat krisotil diadun sebagai bahan penguat dalam simen atau resin. Hanya 8-9% serat krisotil diperlukan untuk diadun dalam matrik simen. Ini sudah memadai dalam pengahasilan simen yang berkualiti tinggi dan kuat. Kuantiti serat krisotil yang kecil ini disebatikan dalam produk-produk simen dengan rapi dan ianya tidak berbahaya kepada persekitaran.

Krisotil terbukti selamat
Ianya merupakan sebuah mitos semata bilamana sesetengah pihak mendakwa krisotil adalah tidak baik untuk kesihatan manusia. Hujahan sebegini adalah kerana ianya berdasarkan pandangan umum ke atas asbestos secara amnya tanpa mengambil kira jenis-jenis serat mineral yang digunakan dalam asbestos, di mana asbestos berasaskan serat krisotil adalah selamat.
Ini terbukti dengan pengeluaran produk simen berasaskan serat krisotil di negara Thailand, yang mempunyai sejarah pengeluaran sejak lebih dari 60 tahun lamanya dan pelbagai kajian keselamatan membuktikan ianya tidak mendatangkan sebarang risiko kesihatan kepada persekitaran. Ini termasuklah kajian pengesanan kanser paru-paru kesan dari proses pengeluaran mahupun penggunaan simen asbestos yang HANYA mengandungi serat krisotil (Rujukan: Dr.Gardner, Ohlson, H.F.Thomas, WHO, Health & Safety Executive, U.K.). Kerana itu, banyak negara-negara maju di dunia masih membenarkan penggunaan produk-produk simen berasaskan serat krisotil. Ini termasuklah di pasaran Amerisa Syarikat, di mana mengikut rekod, mahkamah rayuan di negara tersebut sebelum telah menolak usul untuk mengharamkan penggunaan produk simen-krisotil. Ini kerana terdapat banyaknya bukti kajian saintifik yang mengesahkan tahap keselamatannya yang diperakui.